Thursday, December 19, 2013

[FULL] Star In Heaven


"Terdapat suatu rompakan berlaku di Bank XX, Jalan Gangnam yang melibatkan ramai orang sebagai tebusan."
Woohyun berjalan di hadapan bank sambil menggelengkan kepala. Seungyeol berjalan keluar dari kereta dan memandang ke arah bank. Satu keluhan perlahan dilepaskan. 

-

Hoya duduk sambil bersandar kedinding dengan memegang AK-74 nya. 'Kenapa aku buat benda ni?' Dia memandang Sunggyu yang berjalan dihadapannya sambil memegang pistol. Myungsoo duduk di kerusi sambil menggertak tebusannya. Kemudian, dia terpandang seseorang yang terbaring lemah tidak jauh dari tempat dia duduk. Dongwoo.  

-

Sungjong pergi ke arah Woohyun lalu menghulurkan telefon. "Kau dengar sini elok-elok. Aku nak kau letakkan senjata dan berjalan ke pintu." Kedengaran suara Sunggyu berkata. "Apa yang kau nak?" Woohyun menjawab, tenang. "Aku.nak.kau.mati. Senang kan? Kau tahu apa yang aku nak dan aku tahu apa yang kau nak. Bukan susah pun kan? Letak senjata dan jalan ke pintu." Sunggyu tersenyum sinis dan meletakkan telefon. Woohyun menghela nafas lemah dan melangkah setapak ke hadapan. Ramai orang cuba menghalangnya tetapi dia mengarahkan mereka supaya kekal di posisi sendiri. Dia tunduk dan meletakkan pistol di lantai lalu mengangkat kedua-dua belah tangannya. "Aku dah buat apa yang kau nak. Sekarang keluar supaya kita boleh selesaikan dengan cara mudah." Jerit Woohyun dari luar. Sunggyu memandang lama sebelum dia menarik seorang perempuan dan keluar bersamanya. Pistol yang dipegang diacukan ke leher perempuan itu. "Kau orang jangan berani nak bertindak! Aku boleh tembak perempuan ni bila-bila je!" Dia memusing ke belakang dan mengugut untuk menembak perempuan itu. Tanpa dia sedari, ada pegawai elit yang duduk di atas bangunan dan mensasarkan tembakan ke arahnya. Peluru itu meluru tepat ke jantungnya dan Sunggyu jatuh menyembah bumi.

-

Hoya melangkah ke arah Dongwoo. Dia tunduk dan mencapai tangan Dongwoo. "Hyung tak boleh tinggalkan saya.. Hyung kena kuat." Dia memberi kata semangat. "Mianhae, Howon-ah. Mianhae." Dengan itu, Dongwoo melepaskan nafas terakhirnya. Hoya menggenggam kuat tangan Dongwoo untuk mencari kekuatan.

"Jangan.. risau Ho Won oppa... Sa-Saya akan ja-jadi bintang di atas tu nanti.." Ree Na berhenti sebentar dan batuk dengan kuat sekali. Dia melihat tapak tangannya dan lihat darah. "Baby, kita boleh lawan ni-" "Tak oppa... Dah tiba masanya... Nanti oppa tengok ke langit... dan ingat yang saya sentiasa mencintai oppa.. Saranghae." Kata Ree Na sambil menggenggam tangan Hoya. Tidak lama selepas itu, tangan itu jatuh ke tepi. 'Awak akan jadi bintang di syurga sana, Ree Na.' Air matanya jatuh juga.

Hoya memegang AK-74 nya dan berjalan keluar. Dia tidak melakukan apa-apa selain berdiri tegak. Kemudian terdengar jeritan perempuan di belakangnya. 'Hyun Soo.' Dia menoleh ke belakang dan lihat Hyun Soo sedang berlari ke arahnya. "Ja-" Dia mengangkat tangannya. Semuanya berlaku dengan pantas apabila seorang pegawai menembaknya. Mata Hoya menjadi kabur dan dia jatuh ke tanah. Hyun Soo berlari ke arah Hoya. "ANDWAE!!! OPPA! IREONA! Jangan tinggalkan saya.." Dia memangku Hoya dan menangis semahunya. "Uljima dongsaeng-ah." Hoya menyapu air yang mengalir di pipi Hyun Soo sebelum dia menutupkan mata dan meninggalkan dunia buat selama-lamanya.

Followers